fbpx

Sasaran RMK-12 munasabah, mampu dicapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Enam sasaran terpilih yang difokuskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah munasabah dan mampu dicapai, demikian menurut penganalisis.

RMK-12 menetapkan sasaran purata pendapatan bulanan isi rumah RM10,065; pertumbuhan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.5 hingga 5.5 peratus dan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita RM57,882 pada akhir tempoh pelaksanaan.

Ia turut memfokuskan kepada pertumbuhan produktiviti buruh yang disasarkan kepada 3.6 peratus setahun; pampasan pekerja pada 40 peratus daripada KDNK, manakala pertumbuhan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia disasarkan pada 1.2 peratus setahun.

Prof. Madya Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, ia boleh dicapai sekiranya syarat pembukaan ekonomi diteruskan, tiada kejutan baharu disebabkan pandemik dan negara berjaya mencapai kestabilan politik.

Menurut Baharom, meskipun purata pendapatan bulanan isi rumah merosot sebanyak 10.3 peratus kepada RM7,089 pada tahun lalu berbanding RM7,901 yang dicatatkan pada 2019 akibat pandemik, sasaran pendapatan melebihi RM10,000 dalam tempoh lebih empat tahun lagi boleh direalisasikan.

Gambar hiasan

“Purata pendapatan bulanan isi rumah tahun ini sepatutnya dalam lingkungan RM8,500, namun ia lebih rendah disebabkan pandemik. Asalkan ekonomi kembali dibuka dan peluang pendapatan baharu terus diwujudkan, angka ini sepatutnya mampu dicapai.

“Namun dalam mengejar pendapatan tinggi kita perlu memastikan agihan yang lebih saksama, jangan biarkan jurang perbezaan melebar dalam kalangan T20, M40 dan B40 kerana kita mahu capai aspirasi wawasan kemakmuran bersama.

“Saya juga menyarankan ke­semua sasaran ini perlu diukur secara lebih kerap, kalau boleh setiap tahun supaya kita boleh melihat apa isu yang timbul dan melaksanakan penambahbaikan pada kadar segera,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, antara yang dilihat agak berlainan dalam RMK kali ini adalah kerajaan meminta kerjasama semua pihak, termasuk swasta, individu dan dewan perniagaan untuk sama-sama membantu industri dan golongan terjejas akibat pandemik pulih semula.

Jelasnya, dengan beban per­belanjaan yang semakin tinggi, kerajaan tidak boleh dilihat bersendirian dalam usaha memulih­kan ekonomi yang pastinya mengambil sedikit masa.

“Kerjasama daripada semua pihak tidak sepatutnya bermusim, hanya ketika pandemik sahaja, sebaliknya ia perlu berterusan untuk tempoh lima tahun seterusnya juga bagi masa akan datang,” tegas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI