fbpx

Legenda gusti sumo Hakuho bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI gusti sumo yokozuna, Hakuho (kanan) mudah memulas kepala lawannya, Kagayaki pada Kejohanan Grand Sumo di Tokyo Ryogoku Kokugikan pada Julai tahun lepas. - AFP

JEPUN – Jaguh gusti sumo dunia sepanjang zaman, Hakuho akhirnya mengakhiri kariernya apabila mengumum bersara selepas meraih lebih daripada 1,000 kemenangan dalam sukan berkenaan.

Hakuho, 36, yang berasal dari Monggolia berjaya mendaki peringkat tertinggi dalam sukan gusti sumo sejak tiba ke Jepun ketika berusia 15 tahun.

Bagaimanapun, Hakuho terpaksa berdepan masalah sakit lutut berpanjangan, bahkan dia turut diberi amaran pada awal tahun ini mengenai kesan lebih buruk mungkin berlaku terhadap kecederaannya itu.

Sepanjang kariernya, Hakuho telah berjaya mencatatkan banyak gelaran, kemenangan dan kejuaraan yang sempurna berbanding ahli gusti lain dalam sejarah sukan berkenaan.

Persaraannya itu bakal meninggalkan hanya seorang lagi ahli gusti berada di peringkat tertinggi dalam ranking sukan yokozuna.

Terdahulu, Hakuho melakukan debutnya pada tahun 2001 sebelum dinaikkan pangkat menjadi yokuzuna pada enam tahun kemudian.

Hakuho amat terkenal dengan gaya serangannya yang agresif selain memperoleh pengiktirafan kerana setiap kali aksinya mampu menarik perhatian serta kehadiran ramai audien yang mahu menyaksikan sukan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI