fbpx

Rentas negeri dijangka pertengahan Oktober – MPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan di sini, hari ini. - FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Majlis Pemulihan Negara (MPN) menjangkakan aktiviti rentas negeri dijangka boleh dinikmati rakyat selewat-lewatnya pertengahan bulan depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat MPN hari ini.

Muhyiddin berkata, sekiranya ia (aktiviti rentas negeri) dibenarkan kelak, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jadi saudara bolehlah merayau atau pergi mana-mana seluruh Malaysia ini, tetapi sentiasa ingat SOP,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, MPN juga mencadangkan kepada kerajaan supaya memperhalusi segera isu pembukaan sempadan negara.

Menurutnya, pembukaan sempadan negara itu penting bagi mempercepatkan proses pemulihan negara. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI