fbpx

Tandas pintar kesan identiti pengguna berdasarkan ‘cap punggung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamera yang diletakkan di dalam mangkuk tandas kemudiannya akan memadankan najis dengan pengguna untuk menganalisis data berkaitan sisa buangan. – Getty Images

STANFORD, CALIFORNIA – Kumpulan penyelidik  Fakulti Perubatan Universiti Stanford dilaporkan membangunkan teknologi yang boleh mengesan  identiti individu yang menggunakan tandas berdasarkan pengecaman punggung, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut penyelidik, teknologi yang dipasang pada pengimbas kamera itu boleh mengenal pasti ‘cetakan unik dubur’ bagi setiap individu berbeza.

Kamera yang diletakkan di dalam mangkuk tandas itu kemudiannya akan memadankan najis dengan pengguna, yang seterusnya membolehkan mereka untuk melihat data berkenaan sisa buangan.

Selain itu, teknologi tersebut juga boleh mengira kadar aliran dan volum air kecil menggunakan penglihatan komputer sebagai uroflowmeter.

Populariti tandas pintar kini semakin meningkat dengan sesetengah daripadanya berupaya menyelamatkan nyawa.

Ini kerana terdapat teknologi yang mengimbas najis bagi mengenal pasti penyakit kronik dan kanser usus pada peringkat awal. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN