fbpx

Siren APM gemparkan penduduk Butterworth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharudin (kanan) meninjau ujian siren oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah SPU, Kapten (Pertahanan Awam) Widinia Mohd. Ani di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Penduduk di sekitar Butterworth di sini gempar apabila dua jenis siren amaran kecemasan dibunyikan dari menara pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Seberang Perai Utara hari ini.

Bunyi nyaring dalam tempoh kira-kira lima minit tersebut bagaimanapun hanyalah ujian dan penyelenggaraan yang dilakukan APM zon Utara.

Siren nada panjang dan berterusan yang dibunyikan untuk memberi amaran agar orang ramai keluar segera dari bangunan atau berhenti kenderaan dan berkumpul di tempat sepatutnya.

Manakala, nada beralun dan berterusan yang turut dibunyikan menandakan orang ramai perlu masuk segera ke dalam bangunan, struktur yang kukuh dan terlindung atau kawasan tinggi.

Pegawai koordinator Sistem Amaran Awam (PWS), Kolonel (PA) Sharudin Md. Zain berkata, ujian berkenaan adalah sebahagian misi menyelenggara dan mengaktifkan siren-siren amaran awam di kawasan zon Utara.

“Siren ini (didapati) berfungsi dengan baik dan kita meletakkan anggota di zon-zon yang ditentukan untuk mengukur sejauh mana kesan bunyi dapat didengari dan dicapai.

“Jarak maksimum adalah radius lima kilometer,” katanya kepada pemberita ketika memantau ujian berkenaan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, ujian itu membabitkan siren elektrik yang digunakan APM daerah SPU sejak 1968, namun ia masih beroperasi dengan baik.

“Sistem ini bukan khusus kepada bencana alam, ia juga boleh difungsikan untuk keselamatan seperti serangan udara, ketenteraman awam dan keselamatan.

“Kita jugak sedang bangunkan siren elektronik (yang terkini) dan mengusahakan untuk mengkolaborasikan sistem elektrik dan elektronik dengan peranti khusus,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, APM turut mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara untuk mengintegrasikan sistem tersebut dengan agensi-agensi lain bagi mengoptimumkan fungsi amaran kepada orang awam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI