fbpx

Siang kerja malam belajar, rider FoodPanda dapat PhD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akmal berkongsi hasil kajian tesisnya di laman sosial Facebook.

PETALING JAYA – Kegigihan seorang penghantar makanan FoodPanda yang bekerja sambil belajar selama empat tahun membuahkan hasil apabila dia berjaya bergelar graduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teknologi Farmaseutikal.

Sekeping foto Mohd. Akmal Azhar bersama hasil kajian tesisnya dimuat naik di laman Facebook FoodPanda Rider Malaysia tular di media sosial hari ini.

Mohd. Akmal, 36, ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia menyambung pengajian di Universiti Malaysia Pahang, Gambang dan mula bekerja sebagai penghantar makanan sejak setahun lalu.

“Saya bekerja sebagai ‘rider’ secara sepenuh masa sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pekerjaan ini banyak mengajar saya tentang ‘soft skills’, cara berkomunikasi selain banyak membantu memupuk sifat sabar dan kemahiran pengurusan masa.

“Biasanya pada waktu pagi saya akan menghabiskan masa untuk bekerja dan pada sebelah malam saya akan menyiapkan penulisan tesis. Jika kerja yang melibatkan kehadiran di Universiti saya akan mengambil cuti, setakat ini Alhamdulillah Allah S.W.T permudahkan segala urusan,” kata anak jati Selangor itu.

Mohd. Akmal yang sudah mendirikan rumah tangga turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana banyak memberi sokongan dan memahami rutin hariannya sebagai pelajar.

“Cabaran utama saya adalah berkenaan masa dan tenaga, kerana buat masa ini menjadi ‘rider’ adalah merupakan sumber pendapatan utama bagi jadi memerlukan pembahagian masa yang begitu seimbang.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dengan kesungguhan lelaki itu dalam menuntut ilmu pada masa yang sama rajin berusaha mencari rezeki untuk keluarga.

“Tahniah tuan. Ijazah terbaik datangnya dari jalanan. Semoga dimurahkan rezeki,” ucap Rosydan Kamaruddin.

“Semoga anakanda ‘rider’ sentiasa dalam kebaikan. Doa bonda untuk semua ‘rider’ di Malaysia. Kalian semua anak muda yang rajin dan gigih,” ujar Dpy Yonh.

“Tahniah abang. semoga ilmu bermanfaat dapat memandaikan dan menyelamatkan umat. Amin,” doa Faisal Fauzi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI