fbpx

Peniaga diserbu jual kit ujian Covid-19 RM34

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norena ketika membuat pemeriksaan harga jualan kit ujian pantas Antigen Covid-19 di sebuah pasaraya di Peringgit, Melaka hari ini.

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri membuat pemeriksaan mengejut di 86 buah premis yang dikenal pasti menjual kit ujian pantas Antigen Covid-19, sejak awal bulan ini.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, dalam pemeriksaan dijalankan, sebuah premis telah dikenakan tindakan selepas dikesan menjual kit berkenaan pada harga mencecah dua kali ganda berbanding harga kawalan runcit RM19.90.

Jelasnya, susulan itu satu kertas siasatan telah dibuka mengikut mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Sepanjang 5 September lalu, pasukan KPDNHEP negeri telah membuat pemeriksaan mengejut di 86 buah premis di peringkat peruncit dan pemborong yang menjual kit ujian pantas Antigen Covid-19 .

“Daripada jumlah itu, sebuah premis telah diambil tindakan apabila didapati menjual kit ujian ini pada harga RM34 untuk setiap unit, iaitu mencecah hampir dua kali ganda harga kawalan ditetapkan kerajaan pusat,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pemeriksaan harga jualan kit ujian pantas Antigen Covid-19 di sebuah pasar raya di Peringgit di sini, hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI