fbpx

Lelaki meninggal dunia selepas aktiviti berbasikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas KKM memeriksa keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Taman Mutiara, Sungai Kob, hari ini.

KULIM – Seorang lelaki meninggal dunia di hadapan rumahnya selepas pulang daripada melakukan aktiviti berbasikal di Taman Mutiara, Sungai Kob di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun dipercayai baru pulang melakukan aktiviti berbasikal sebelum tiba-tiba terjatuh dan pengsan selepas melakukan senaman ringan.

Beberapa jiran dan ahli keluarga mangsa cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum mereka menghubungi ambulans.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam, sebaik kakitangan hospital tiba, mereka mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Mangsa juga telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sebelum ini.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sebelum ini pernah dijangkiti virus itu pada 28 Ogos lalu dan sembuh selepas menjalani kuarantin selama 14 hari,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI