fbpx

Tak perlu tunjuk amal ibadah dalam media sosial – Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHAH

PETALING JAYA – Penyanyi versatil Aishah menyifatkan amal ibadah dan kebaikan yang dilakukannya tidak perlu dipertonton kepada umum atau bukan untuk dipamerkan dalam media sosial.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, dia ada cara tersendiri dan berbeza dengan segelintir individu lain yang gemar mempamerkan segala kebaikan secara terang-terangan.

“Semalam, bila saya muat naik video saya nyanyikan lagu Fan Club, ada yang mengingatkan saya supaya lebih banyak beribadah.

“Saya rakam video itu pun untuk membantu mengumpul dana. Tapi terima kasih di atas ingatan anda semua.

“Tapi, kita tidak akan nak menunjukkan amal ibadah kita buat dekat media sosial kot. Sembunyikanlah ibadahmu seperti kamu menyembunyikan keaibanmu,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Camar Yang Pulang itu menerusi perkongsian sama turut memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan anak-anak, keluarga, kawan-kawan dan kelab peminat yang prihatin serta sentiasa memberi sokongan kepadanya tanpa jemu.

“Itulah tanda kasih sayang sejati bila kita berada di belakang orang tersayang apabila mereka memerlukan.

“Susah senang bersama. Saya begitu bertuah,” katanya lagi.

Terdahulu, Aishah, 56, baharu sahaja sembuh daripada wabak maut Covid-19 selepas dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor pada 30 Ogos lalu.

Aishah disahkan bebas Covid-19 dan dibenarkan pulang ke rumah 12 hari selepas menerima rawatan dan paru-parunya disahkan rosak sebanyak 20 peratus akibat serangan wabak tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI