fbpx

Masih ada ibu bapa belum bersedia anak divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mah Hang Soon, bergambar bersama pelajar-pelajar yang sudah menerima vaksin dos pertama ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin, (PPV) di Dewan Majlis Bandaran Seremban (MPS) hari ini.- Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Masih terdapat ibu bapa yang belum bersedia membenarkan anak mereka disuntik vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, setakat ini tiada data khusus berhubung jumlah mereka yang terlibat memandangkan program vaksinasi untuk pelajar ini baru saja dilaksanakan.

“Program ini masih diperingkat awal tetapi kami (Kementerian Pendidikan) dimaklumkan hanya sebilangan kecil ibu bapa belum membuat keputusan mungkin pada awalnya mereka belum bersedia membenarkan anak menerima vaksin Covid-19.

“Biarpun jumlah itu kecil, namun perkara itu perlu diberi perhatian selaras usaha menggalakkan semua pelajar menerima vaksin menjelang pembukaan semula sekolah tidak lama lagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau proses pemberian vaksin kepada pelajar sekolah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI