fbpx

Dua pekerja ladang lepas, bebas tuduhan lindungi migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kanan - Ramacahandran, Azhar dan Haresh selepas prosiding keputusan kes akhir pendakwaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini

SHAH ALAM – Dua pekerja ladang kelapa sawit dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi hari ini daripada pertuduhan melindungi migran yang diseludup di Tanjung Sepat, Kuala Langat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap S. Ramachandran, 30, dan Azhar Rofaini, 34.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, timbul isu kecacatan pendakwaan selepas gagal mengemukakan butiran sama ada memberikan tempat perlindungan, makan dan minum selain punyai sebab munasabah penyeludupan tiga migran itu.

Justeru, katanya, adalah menjadi dapatan kegagalan memasukkan mana-mana butiran itu telah menyalahi peruntukkan mandatori Seksyen 154 Kanun Tatacara Jenayah

“Kenyataan migran juga diambil maklum bahawa kedua-dua tertuduh bukan orang melindungi migran dan memberikan arahan susulan kawasan kejadian amat gelap dan jauh serta tidak nampak muka tertuduh.

“Saya juga tidak melihat secebis keterangan mengaitkan tertuduh (dalam kes tersebut),” jelasnya.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bagi mencapai niat bersama telah melindungi tiga lelaki warga Indonesia berusia antara 20 dan 30an yang diseludup di kawasan Ladang Tumbok berhampiran kuil, Tanjung Sepat di Kuala Langat, kira-kira pukul 10.15 malam pada 23 Julai tahun lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 26H(1)(a) Akta Anti Permandangan orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen 26H(1) akta yang sama dan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Me manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Haresh Mahadevan. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI