fbpx

Selamatkan diri daripada gangguan seksual – Rafidah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIDAH IBRAHIM berkongsi pengalaman pernah mendapat gangguan seksual

PETALING JAYA – Pelakon Rafidah Ibrahim menggesa dan menasihati kaum wanita supaya tidak menjadi mangsa gangguan seksual oleh kaum lelaki.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam instagram miliknya baru-baru ini, Rafidah, 35, berkongsi pengalamannya suatu ketika dahulu apabila melalui situasi gangguan seksual.

“Saya ingin berkongsi pengalaman dan semoga menjadi iktibar buat semua terutama kaum wanita.

“Saya pernah bekerja di suatu tempat. Pada awalnya kata-kata gatal atau lucah mungkin terlepas sebab bergurau. Tapi ternyata salah.

“Semakin hari semakin galak pula ‘dia’ bercakap perkara lucah sehingga di malam hari melalui telefon,” ujar Rafidah tanpa memperincikan individu gatal yang dimaksudkannya.

Kata pelakon filem Kongsi itu lagi, situasi itu membuatkan dia tertanya-tanya tentang nasib wanita lain yang bakal menempuhi alam pekerjaan suatu hari nanti apabila terpaksa berdepan risiko menjadi mangsa gangguan seksual.

“Allahuakhbar. Apa nak jadi nasib pada isteri dan anak dara orang yang yang bekerja dekat luar sana?” Soal Rafidah.

Berkongsi perbualannya dalam Instagram bersama seorang pensyarah dari Indonesia, Yusria Ahmad, Rafidah diberitahu oleh Yusria bahawa, kata-kata yang tidak selesa untuk didengari itu bukanlah hak kita.

“Tapi jika masih berterusan, maka letaklah jawatan (berhenti kerja),” katanya.

Tindakan itu menunjukkan bahawa kaum wanita pada hari ini sebenarnya berdepan dengan cabaran besar sebagai wanita akhir zaman.

“Hati-hati para wanita. Selamatkan maruah dirimu,” ujar Rafidah.

Dalam pada itu, Rafidah turut mengajak wanita lain yang mempunyai pengalaman berkaitan gangguan seksual supaya boleh berkongsi pengalaman dengannya.

“Boleh kongsi dekat sini (Instagram) dan mudah-mudahan didengari pihak berwajib,” kata Rafidah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI