fbpx

Ucapan ‘Alhamdulillah’ banjiri Facebook Noor Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PETALING JAYA- Ruangan komen di Facebook rasmi milik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini dibanjiri dengan ungkapan Alhamdulillah apabila kes harian Covid-19 dicatatan bawah paras 11,000 jangkitan.

Susulan itu, rata-rata orang ramai melahirkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan petugas barisan hadapan selepas kejayaan melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 ketika ini.

Tangkap layar ungkapan Alhamdulillah dilafazkan orang ramai selepas kes dicatatkan hari ini di bawah paras 11,000 jangkitan.

“Alhamdulillah, kes semakin turun,” lafaz Harlisa Aliza.

“Alhamdulillah, moga makin turun dan moga lenyaplah Covid-19 daripada muka bumi, Amin,” doa Eyla Dali.

“Alhamdulillah, terus kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar,” minta Nor Syida.

“Alhamdulillah, semoga kita semua dilindungi daripada penularan Covid-19,” kata Pak Teh Ramli.

Dalam pada itu, kes harian di Selangor turut berada di paras terbaik apabila mencatatkan jangkitan di bawah 1,000 kes dengan jumlah 979 jangkitan hari ini.

Selain itu, beberapa negeri lain yang sebelum ini mencatatkan jangkitan melebihi 1,000 kes sehari turut menunjukkan penurunan antaranya Pulau Pinang (793), Kedah (660), Kelantan (983) dan Perak (713).

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk terus berada di rumah jika tiada urusan penting selain terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi memastikan kes terus diturunkan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI