fbpx

7,000 kaki judi sehari, langganan cecah RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (tengah) menunjukkan antara peralatan yang dirampas daripada sindiket perjudian online yang beroperasi di Kota Persiaran Southkey, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian online yang telah beroperasi selama empat bulan di Kota Persiaran Southkey, di sini selepas menyerbu sebuah premis kediaman pada Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan itu pihaknya telah menahan tujuh suspek terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 18 hingga 34 tahun.

Menurutnya, serbuan itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bersama Bahagian Siasatan Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

“Kesemua suspek warga tempatan yang ditahan berperanan sebagai operator tambah nilai kredit dan cuci kredit selain bertanggungjawab berinteraksi dengan pelanggan.

“Berdasarkan siasatan, mereka mengaku menerima bayaran gaji sebanyak RM2,000 sebulan dan komisen 1 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau menambah, sindiket tersebut mempromosikan kegiatan perniagaan mereka melalui dua laman web iaitu www.topup99.com dan www.lagiong.com.

“Sindiket ini mempunyai pelanggan yang dianggar seramai 7,000 orang rakyat tempatan dengan nilai transaksi harian antara RM15,000 hingga RM20,000.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas enam set komputer, 35 telefon bimbit, dua modem wifi dan serangkai kunci rumah,” ujarnya.

Ayob Khan turut memberitahu, kesemua suspek yang ditahan telah direman selama satu hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Sejak 1 Ogos hingga 25 September lalu, Polis Johor telah membuat lima serbuan dan pemeriksaan menerusi Ops Dadu iaitu tiga di kawasan Johor Bahru manakala dua lagi di Iskandar Puteri.

“Daripada serbuan tersebut, seramai 28 suspek telah ditahan melibatkan 20 lelaki dan lapan wanita warga tempatan.

“Sebanyak lima kertas siasatan telah dibuka dan kini dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya Johor untuk pertuduhan di mahkamah,” jelasnya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI