fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 4 petang, hari ini.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka bakal melanda satu atau dua tempat di Perlis, Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

“Situasi serupa turut diramal berlaku di daerah Kerian, Larut Matang dan Selama serta Hulu Perak di negeri Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan selain di Besut, Setiu serta Hulu Terengganu di Terengganu.

Tambahnya, ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Kuantan di Pahang selain di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru di Johor.

“Amaran ribut petir dan hujan lebat turut dikeluarkan melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

“Situasi sama turut dijangka berlaku di Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI