fbpx

Dua banduan didakwa sebabkan kematian banduan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adua (dua dari kiri) dan Azizul Danial (dua dari kanan) di bawa keluar selepas dihadapkan atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang banduan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Dua orang banduan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian banduan lain pada minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh, Adura Mustapha, 39, dan Azizul Danial Muhammad, 35, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memukul Hamiddi Kamaruddin, 48, sehingga menyebabkan kematian mangsa di sebuah bilik di Penjara Marang, pada pukul 2 petang, 21 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala kedua-dua tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

Difahamkan mangsa, Hamiddi meninggal dunia sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada pukul 2.43 petang, semalam. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI