fbpx

Sittah Annur isytihar taubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masitah ketika membaca teks Istitabah di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam , Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, sebentar tadi.

SHAH ALAM – Seorang wanita yang mendakwa Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Masitah Ab. Jalar,39, atau digelar Sittah Annur membuat pengisytiharan taubat hari ini.

Pengisytiharan dilakukan menerusi pembacaan teks Istitabah oleh Masitah di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam , Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, sebentar tadi.

Perkara tersebut disaksikan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir ; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad ; Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Pendakwaan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Ansor Rullah Mohd. Hassim dan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr. Ahmad Shahir Makhtar yang turut menandatangani dokumen pengisytiharan taubat tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan wanita itu mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah SWT, malaikat dan Nabi Muhammad S.A.W.

Sittah Annur juga mengaku sebagai Ketua PYMT dan mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat Islam lain.

Dia juga mendakwa akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah serta memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh. -K! ONLINE

Tuhan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI