PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di tiga negeri sehingga pukul 10 pagi, hari ini.
“Ribut petir dan hujan lebat dijangka bakal melanda satu atau dua tempat di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan.
“Ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut MetMalaysia, situasi serupa turut dijangka berlaku melibatkan daerah Kucing, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat di negeri Sarawak
Selain itu, hujan turut diramal akan melanda satu atau dua lokasi di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada pagi ini. – K! ONLINE