fbpx

Hamilton raih kemenangan ke-100 tawan GP Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON berjaya menawanGP Rusia sebentar tadi sekali gus menjadi kemenangan ke-100 dalam kariernya. - AFP

SOCHI – Tindakan bijak pelumba Mercedes, Lewis Hamilton memasuki hentian pit untuk menukar tayar ketika hujan mula turun pada penghujung perlumbaan memberi kelebihan kepadanya untuk menjuarai Grand Prix (GP) Rusia sebentar tadi.

Pada saingan tersebut, pelumba McLaren, Lando Norris dilihat berpeluang untuk meraih kemenangan pertama musim ini, namun kedegilannya melanggar arahan pasukan mengundang padah apabila dia sekadar menamatkan saingan tempat ketujuh ketika bersaing di Litar Sochi.

Kejayaan tersebut menyaksikan Hamilton meraih kemenangan Grand Prix ke-100 dalam kariernya sekali gus kembali memimpin kejuaraan dengan 246.5 mata meninggalkan pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen dengan perbezaan dua mata.

“Terima kasih kepada pasukan dan juga penonton yang hadir hari ini. Saya tidak pasti sama ada mampu meraih kemenangan 100 pada hari ini kerana Norris tampil dengan cemerlang sepanjang perlumbaan.

“Pasukan melakukan kerja dengan cukup baik dan membuat keputusan tepat untuk membawa saya masuk ke pit bagi menukar tayar. Sukar bagi saya untuk mengejar Norris jika tanpa hujan pada penghujung perlumbaan.

“Sekali lagi terima kasih kepada pasukan dan saya gembira kerana berjaya meraih mata penting pada hari ini,” kata Hamilton.

Verstappen yang memulakan saingan di petak ke-20 akibat dikenakan penalti kerana pertukaran unit kuasa tampil cemerlang dengan menamatkan saingan podium tempat kedua, manakala Carlos Sainz (Ferrari) berad di kedudukan ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI