fbpx

Wanita suap bayi ‘solid food’ kena kecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan bayi itu diberikan makanan pejal oleh seorang wanita.

PETALING JAYA- Tindakan seorang wanita menyuapkan bayinya dengan makanan pejal atau lebih dikenali sebagai ‘solid food’ menerima kecaman netizen selepas perbuatan itu disifatkan mengundang bahaya kepada bayi berkenaan.

Rata-rata netizen turut melahirkan rasa bimbang dan tertanya-tanya mengapa wanita tersebut sanggup menyuapkan bayinya dengan makanan sedemikian memandangkan fizikal bayi itu masih kecil selain didakwa belum mencapai usia enam bulan.

Menerusi satu video berdurasi 19 saat yang dikongsikan di akaun TikTok, Fatimahtuszahra1233, kelihatan seorang wanita sedang menyuapkan bayinya yang sedang terbaring dengan makanan pejal.

Bagaimanapun, bayi tersebut terus menelan makanan tersebut selepas berulang kali disuap oleh wanita itu.

Melalui satu komen balas, pemilik akaun TikTok itu menjelaskan, mereka sudah memberikan makanan seperti itu kepada bayi sejak dilahirkan lagi.

Sementara itu, ramai pengguna media sosial mempersoalkan tindakan itu selain ada yang menyifatkan buah pinggang bayi berkenaan akan terjejas sekiranya terus disuap dengan makanan pejal sebelum waktu sesuai.

“Kawan saya kongsikan tadi, tolong ajar diri sendiri sebelum kahwin, semasa mengandung dan selepas melahirkan anak, teruskan membaca,” luah @ern_eindee.

“Makanan pejal hanya boleh diberikan kepada bayi selepas usia enam bulan, untuk ibu bapa muda, tolong baca dan dapatkan ilmu sebelum menimang cahaya mata,” minta @UchunEsmail.

“Bayi ini macam mana sekarang ini, seramnya tengok, harap dalam keadaan baik,” soal @RuzaidiAmen.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI