fbpx

Tonton televisyen lebih 40 jam seminggu rosakkan sperma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kualiti dan kandungan sperma lelaki boleh dipengaruhi oleh aktiviti menonton televisyen terlalu lama. - Shutterstock

JAKARTA – Seorang Pakar Perbidanan dan Kesuburan Hospital Pondok Indah di  Indonesia mendedahkan bahawa aktiviti menonton televisyen lebih 40 jam seminggu boleh menjejaskan  kualiti sperma lelaki, lapor portal berita Suara.com, semalam.

Profesor Dr. Budi Wiweko yang merupakan pakar persenyawaan in-vitro berkata, menonton televisyen terlalu lama bukan hanya merendahkan kualiti malah boleh menyebabkan jumlah sperma berkurang kerana gaya hidup tidak aktif.

Situasi melibatkan kecacatan atau sperma tidak berkualiti menyumbang 35 peratus kes kemandulan .

“Apabila pakar kesuburan menilai kemandulan pasangan, perkara pertama yang dilihat adalah kualiti sperma lelaki. Jika sperma normal, barulah dilihat keadaan telur atau ovum wanita.

“Gaya hidup kurang sihat seperti terlalu banyak menghabiskan masa menonton televisyen didapati menyumbang kepada isu kemandulan dalam kalangan kaum lelaki,” jelas Budi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI