fbpx

Taman tema perlu dibuka dengan pematuhan MKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Santhara Kumar (dua dari kanan) melihat badak air ketika lawatan kerja di Lost World of Tambun, Ipoh hari ini.

IPOH – Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) tiada halangan untuk membenarkan taman tema beroperasi bagi pelancongan domestik namun ia perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengikut pematuhan (SOP) yang ditetapkan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar berkata, taman tema perlu dibuka, namun yang menjadi persoalan pengusaha buat masa ini adalah bila dan bagaimana cara terbaik untuk melaksanakannya.

“Kita tahu taman tema ini penting kerana ia tempat hiburan keluarga dan MOTAC juga menyedari keperluannya sebagai lokasi pelancongan domestik.

“Namun, ada beberapa syarat yang harus dipatuhi sebelum boleh beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Lost World Of Tambun di sini hari ini.

Tambahnya, pembukaan taman tema boleh dibuat setelah negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa memandangkan pemain industri pelancongan ketika ini sudah bersiap sedia. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI