KOTA BHARU – Jumlah kenderaan masuk ke negeri ini didapati meningkat sebanyak 20 peratus selepas kerajaan memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) terhadap sektor tertentu bermula 9 September lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagi kategori domestik atau pergerakan dalam negeri, jumlah kenderaan yang merentas daerah didapati meningkat hingga 50 peratus.
“Peningkatan terbabit berlaku ekoran semakin banyak kenderaan merentas daerah terutama untuk masuk ke Kota Bharu kerana kelonggaran diberikan kepada individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin,” katanya selepas menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas, Siti Liah Mamat, 120, di rumahnya di Telipot di sini hari ini.
Warga emas itu sebelum ini mencuri tumpuan dan pernah tular di media sosial kerana menjadi antara penerima vaksin Covid-19 tertua di negeri ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929