fbpx

20.1 peratus remaja Terengganu terima dos pertama vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah 20.1 peratus remaja Terengganu sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

KEMAMAN – Seramai 24,713 atau kira-kira 20.1 peratus remaja di Terengganu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, pihak optimis dos pertama vaksin Covid-19 melibatkan semua 138,000 remaja berusia 12 hingga 17 tahun tersebut bakal diselesaikan pada 6 Oktober depan.

“Seramai 101,000 remaja terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja itu terdiri daripada pelajar sekolah di bawah Kementeriah Pendidikan dan institusi swasta.

“Kesemua remaja tersebut dijangka selesai menerima vaksin dos pertama pada 6 Oktober ini,” katanya ketika ditemui pada program Outreach Vaksinasi Covid-19 Orang Asli di Kampung Sungai Pergam di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI