fbpx

MyIPO bantu patenkan inovasi YAM2.0 ciptaan Maryam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (kiri) berkata pihaknya akan menawarkan bantuan mempatenkan hasil inovasi Maryam melalui MyIPO.

PUTRAJAYA – Inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut dinamakan YAM 2.0 yang merangkul tiga pingat emas di pertandingan The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) 2021 di Toronto, Kanada akan dipatenkan.

Kejayaan diraih rakyat Malaysia, Maryam Muzamir, 11, yang berjaya mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara itu sekali gus menjadikannya sebagai pemenang termuda di pertandingan tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian amat berbangga dengan pencapaian Maryam dan akan menawarkan bantuan untuk mempatenkan hasil inovasinya melalui melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“MyIPO telah berhubung dengan bapa Maryam minggu lalu dan akan membantu proses pemfailan paten memastikan inovasi beliau dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI