fbpx

Pelajar kempunan pinjaman peribadi, tanggung rugi RM2,120

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pelajar bukan sahaja kempunan untuk mendapatkan pinjaman peribadi berjumlah RM5,000 malah terpaksa pula menanggung rugi sebanyak RM2,120 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran pinjaman tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 29 Ogos lalu apabila mangsa berumur 20 tahun yang berasal dari Jerantut membuat carian di laman carian Google dan menemui iklan pinjaman peribadi di ‘nsonesmart.com’.

“Mangsa kemudiannya mengisi borang di dalam talian dan diminta memberikan gambar kad pengenalan serta nombor akaun bank seterusnya diminta membuat dua kali pembayaran bagi mendapatkan wang pinjaman berjumlah RM5,000.

“Mangsa telah membuat bayaran berkenaan melalui permindahan wang atas talian ke satu akaun bank yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Wazir selepas itu suspek masih meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak RM2,200 dengan alasan dokumen pengadu tidak kukuh untuk membuat pinjaman terbabit.

Katanya, suspek turut mengugut mangsa dengan mengatakan namanya akan disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia (BNM) jika tidak membuat pembayaran berkenaan dan mangsa berasa ditipu tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Selain itu mangsa turut diugut akan didakawa di mahkamah sekiranya tidak membayar wang pembatalan pinjaman berjumlah RM4,680 namun suspek memberitahu mangsa boleh membayarnya secara ansuran,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI