fbpx

Penipu menyamar jadi rakan, lelaki rugi RM3,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Niat baik seorang lelaki mahu membantu rakan yang dalam kesulitan, namun sebaliknya dia ditipu individu yang menyamar sebagai rakannya sehingga mengalami kerugian RM3,800.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 25 September lalu apabila mangsa yang berusia 54 tahun menerima satu panggilan telefon.

“Dalam keadaan cemas pemanggil memberitahu dia adalah rakan mangsa dan dompet termasuk kad pengenalan, kad bank serta telefon bimbitnya telah hilang.

“Suspek turut memberitahu dia dalam keadaan terdesak dan memerlukan duit untuk membuat bayaran kepada pembekal dan mahu meminjam daripada mangsa sebanyak RM3,800,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd Wazir, mangsa telah membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan suspek melalui pemindahan atas talian berjumlah RM3,800 dan cuba menghubungi kembali rakannya tetapi tidak dijawab.

“Selepas itu mangsa menerima panggilan daripada rakannya itu bertanyakan kenapa mangsa menghubunginya dan mangsa memberitahu telah memindahkan wang seperti yang diminta.

“Rakan mangsa terkejut dan menafikan ada meminta wang daripada mangsa sebelum mangsa menghubungi pihak bank untuk menyemak transaksi yang dibuat sebelum itu,” katanya.

Mohd. Wazir berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas dinasihatkan pihak bank untuk berbuat demikian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI