fbpx

Syabas dan tahniah Maryam – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maryam menjadi peserta termuda meraih kejuaraan dalam pertandingan berkenaan.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada Maryam Muzamir selepas kanak-kanak berusia 11 tahun itu berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Maryam mengejutkan rakyat Malaysia apabila berjaya merangkul tiga pingat emas menerusi pertandingan The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) 2021 yang dijalankan di Toronto, Kanada.

Perdana Menteri berkata, adik Maryam telah mengharumkan nama Malaysia melalui inovasi makanan haiwan yang diperbuat daripada siput sedut dan juga kulit udang.

“Ia merupakan pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara.

“Adik Maryam turut mendapat perhatian dunia melalui siaran televisyen terkemuka, The Late Late Show with James Corden,” katanya hari ini.

Lebih membanggakan, Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi dia juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan tersebut.

“Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian adik Maryam dan saya mendoakan adik Maryam terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI