fbpx

Dua operator kilang ditangkap berlumba di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua operator kilang berjaya diberkas JSPT Negeri Sembilan susulan didapati berlumba sesama sendiri di Persiaran Senawang, di sini semalam. - Foto Ihsan Polis.

SEREMBAN – Dua operator kilang berjaya ditangkap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan susulan didapati berlumba sesama sendiri di Persiaran Senawang, di sini, malam tadi.

Ketua JSPT Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, pihaknya telah mengesan aktiviti dua pemandu kereta berusia 20 dan 22 tahun yang melakukan beberapa pusingan di lokasi tersebut antara persimpangan lampu isyarat Taman Matahari Height hingga ke pasar raya Mydin.

Menurutnya, setiap pusingan berkenaan dianggarkan sejauh satu kilometer dan gelagat berkenaan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain polis telah mengambil tindakan dan berjaya menangkap dua lelaki yang mana terlibat dalam perlumbaan di jalan awam,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI