PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir di beberapa kawasan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pada pagi ini.
Ribut petir turut diramalkan di beberapa kawasan di Labuan serta Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat di Sabah.
Manakala beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramalkan mengalami hujan.
Beberapa kawasan di Tawau, Sabah dan Samarahan serta Betong di Sarawak juga diramalkan mengalami hujan pada pagi ini. – K! ONLINE