fbpx

Baddrol enggan sia-siakan peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADDROL kembali menyarung jersi kebangsaan ekoran prestasi cemerlangnya bersama KDA musim ini selepas dua tahun disisihkan. 

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

 

KAPTEN Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar berazam untuk tidak mensia-siakan kepercayaan diberi ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe setelah namanya turut tersenarai dalam kem latihan pusat bermula 1 Oktober depan.

Menurut pemain berusia 33 tahun itu, kepercayaan diberi Cheng Hoe cukup bermakna setelah hampir dua tahun namanya disisihkan daripada skuad kebangsaan.

Mengikut rekod, kali terakhir Baddrol menyarung jersi pasukan negara adalah ketika Malaysia mencatat kemenangan 1-0 ke atas Tajikistan dalam satu perlawanan persahabatan pada November 2019.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Cheng Hoe kerana masih memberi kepercayaan. Untuk itu, saya berjanji akan memberikan yang terbaik untuk panggilan kebangsaan kali ini.

“Selain itu, kepercayaan ini juga menambahkan lagi semangat saya menjelang pembukaan Piala Malaysia pada 27 September depan,” katanya.

Penampilan Baddrol pada musim ini mencuri perhatian banyak pihak setelah dia berjaya mencatat nama sebagai pemain tempatan yang menjaringkan gol terbanyak dalam saingan Liga Super.

Tujuh gol dijaringkan musim ini, prestasi ditampilkan Baddrol nyata wajar diberi pujian kerana dia berjaya mengatasi tekanan setelah dikritik banyak pihak pada awal saingan liga.

Mengulas lanjut Baddrol berkata, pertemuan persahabatan menentang Jordan serta Uzbekistan pada 6 dan 9 Oktober depan merupakan sesuatu yang amat baik buat pasukan negara.

“Kedua-duanya merupakan pasukan yang kuat dan berada di ranking lebih baik daripada kita. Walaupun sukar untuk berdepan mereka, namun ini persiapan yang baik buat kami menjelang Piala Suzuki AFF 2020 nanti,” katanya. – K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI