fbpx

Alahai Uqasha, selepas dipuji dimaki pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UQASHA SENROSE

DILEMPAR kata-kata negatif daripada orang ramai bukan lagi perkara asing buat barisan selebriti tempatan.

Kini, lebih teruk kerana netizen semakin berani menulis perkataan kesat dalam ruangan komen dan InstaStory selebriti bukan kegemaran mereka.

Turut menjadi mangsa baru-baru ini ialah si cantik Uqasha Senrose apabila ada yang menggelarnya dengan panggilan ‘babi’. Rasanya baru sahaja dia dipuji lawa dan berseri-seri dengan busana kempen seleksi akad nikah, tiba-tiba kena dia kena kutuk.

Perkara tersebut terjadi dalam sesi soal jawab InstaStory dan individu tersebut dengan kasar bertanyakan bila Uqasha akan menutup aurat.

“Bila hendak menutup aurat babi,” tulis individu berkenaan.

Tidak tahu sama ada salah ejaan atau sengaja, namun tunang kepada Kamal Adli tetap membalas pertayaan kasar itu seadanya

“Takutnya seramnya,” tulis Uqasha.

Sabarlah ya Uqasha. Nanti bila sudah menutup aurat pun orang tetap mengata.

DIVA: Tak tahan rasa sebu pangkal hati bila tengok orang campak-campak duit berkepuk-kepuk ke lantai. Tak riak-riak pula katanya. Habis, campak kenapa?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI