fbpx

Bagusnya Nabila belajar bahasa Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Nabila Razali yang kini mengikuti kelas Mandarin secara online.

BENARLAH orang kata, selagi masih bernyawa, jangan pernah berhenti mencari ilmu.

Mungkin itu yang dipraktikkan Nabila Razali atau Bella apabila dia berkongsi video ketika mengikut kelas bahasa Cina secara virtual baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naiknya dalam InstaStory baru-baru ini, Bella dilihat mengikuti pembelajaran asas bahasa Cina secara dalam.

Namun, Bella tidak berkongsi lanjut mengenai sebab dia mengambil kelas tersebut. Manalah tahu selepas ini dia muncul dengan lagu baharu dalam bahasa Mandarin.

Bagus juga inisiatif pelantun lagu Pematah Hati itu. Mampu membuatkan lebih ramai untuk belajar bahasa ketiga selan bahasa Inggeris.

Tiba-tiba terfikir apa salahnya mengeluarkan lagu Peluang Kedua dalam bahasa Mandarin. Mesti meletup!

DIVA: Lucu pula lihat pertelingkahan antara Diva AA dengan Roslan Shah. Rasanya bila sudah berumur, baik kurangkan sikit bermain media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI