fbpx

Fazura risau risiko anak kecil di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA masih berasa risau untuk membawa anaknya Nur Fatima Aisya keluar bersiar-siar.

SEJAK kerajaan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini, muncul pula pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Antara yang paling banyak diperdebatkan ialah risiko membawa anak-anak kecil ke lokasi awam.

Tidak terkecuali, Fazura juga menitipkan nasihat kepada ibu bapa yang berhajat untuk membawa anak mereka bersiar-siar agar sentiasa mematuhi SOP ditetapkan.

“Jaga diri kepada semua. Saya tahu kita sudah bebas sedikit dengan kelonggaran SOP tapi tolonglah berhati-hati.

“Sebab bila keluar nampak orang ramai dengan bawa anak kecil, saya takut sebab mereka tak boleh pakai pelitup muka. Patuhi semua SOP dan tak mahulah kes jangkitan meningkat lagi,” katanya.

Pesanan ringkas tersebut sempat diucapkan ibu kepada Fatima itu dalam satu video siaran langsungnya beberapa hari lalu.

Nampak risau sungguh wajah Fazura mengenai hal tersebut. Harap apa yang dinyatakan oleh isteri Fattah Amin itu dijadikan peringatan buat semua.

DIVA: Sakit hati menonton drama The Hotel. Memang gempak lakonan Mira Filzah sebagai perempuan psiko.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI