fbpx

Verstappen mula di petak belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN pernah dikenakan hukuman yang sama pada perlumbaan 2018 juga kerana jenteranya terpaksa menukar enjin. – AFP

SOCHI, Rusia – Pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1) yang mewakili pasukan Red Bull, Max Verstappen akan memulakan saingan Grand Prix (GP) Rusia hari ini di kedudukan petak belakang selepas dikenakan hukuman penal­ti kerana pertukaran enjin.

Bagaimanapun, Verstappen enggan mengibarkan bendera putih dah bertekad untuk memberikan aksi yang terbaik pada perlumbaan di Litar Antarabangsa Sochi itu dalam usaha meraih mata berharga sekali gus mengekalkan status pendahulu kejuaraan dunia musim ini.

Sebagai rekod, Verstappen sudah dikenakan penalti tiga petak ke belakang sebelum ini apabila didapati bersalah menjadi punca kemalangan bersama Lewis Hamilton pada aksi di GP Itali di Litar Monza sebelum ini.

Kata Verstappen, situasi bermula daripada petak belakang bukanlah sesuatu yang asing memandangkan pernah bersaing di GP Rusia pada edisi 2018 di tempat ke-19 apabila turut dikenakan hukuman penalti atas kesalahan yang sama.

“Saya masih ingat pada sai­ngan di Sochi 2018 yang mana saya memulakan saingan di tempat ke-19 tetapi berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

Meskipun sukar, saya percaya tiada yang mustahil pada perlumbaan kali ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Verstappen mengakui pasukan Mercedes yang diwakili oleh pencabar utama yang juga juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton merupakan pilihan untuk menjuarai GP Rusia kali ini manakala Red Bull hanya boleh berharap rakan sepasukan, Sergio Perez untuk memberikan cabaran.

“Saya tidak pasti ba­gaimana perancangan pasukan tetapi pada perlumbaan kali ini sudah tentu keutamaan diberikan kepada Perez untuk mencabar pasukan Mercedes kerana mereka telah menunjukkan kepantasan luar biasa pada sesi latihan bebas sebelum ini dan mungkin ia akan berlarutan hingga ke perlumbaan sebenar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI