fbpx

Pochettino tetap pertahan sikap ‘diva’ Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCHETTINO (kanan) menganggap Mbappe layak bersikap diva kerana kemampuannya setiap kali beraksi. – AFP

PARIS – Ketua Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino mempertahankan Kylian Mbappe yang dikritik hebat kerana berlagak diva dan ‘besar kepala’.

Ia selepas pengendali Metz, Frederic Antonetti mendakwa pemenang Piala Dunia 2016 bersama Perancis itu perlu lebih merendah diri dan mengubah karakternya jika dirinya mahu dihormati oleh orang ramai.

Bagaimanapun, Pochettino, 49, menegaskan, beliau tiada masalah dengan sikap Mbappe kerana penyerang sensasi berusia 22 tahun itu membuktikan kemampuannya setiap kali diturunkan beraksi di atas padang.

“Saya faham kenapa beliau (Antonetti) berkata demikian. Ia luahan kekecewaan disebabkan kekalahan dalam masa kecede­raan permainan.

“Saya tiada masalah dengan Kylian (Mbappe) kerana dia seorang pemain yang bagus dan sentiasa bersaing untuk mencapai kemahuannya. Namun, anda perlu tahu bahawa dia adalah seorang yang sangat merendah diri,” katanya.

Walaupun gagal menjaringkan gol tetapi Mbappe membuktikan kehebatannya dengan mengha­dirkan banyak ancaman ke arah gawang Metz sewaktu aksi Ligue 1 di Stade Saint-Symphorien baru-baru ini.

Dalam aksi itu, PSG membuka tirai jaringan menerusi Achraf Hakimi seawal minit kelima sebelum Boubakar Kouyate menya­makan kedudukan buat Metz pada minit ke-39.

Hasrat Metz mencipta kejutan tidak kesampaian selepas Dylan Bronn dilayangkan kad merah pada minit ke-91 dan kesempatan itu dimanfaatkan sepenuh­nya oleh PSG yang meraih gol kemenangan 2-1 menerusi Hakimi empat minit kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI