NAMPAKNYA rapper terkenal Korea Selatan, Jessi sekali lagi kecundang akibat masalah keletihan melampau ekoran tiada rehat yang secukupnya.
Perkara itu tersebar apabila Jessi ada memuat naik InstaStory memaparkan beg air drip yang tergantung, sekali gus membuatkan peminat dan netizen berasa bimbang tentang status kesihatannya.
Penyanyi kelahiran Amerika Syarikat itu sebelum ini pernah melalui situasi sama pada awal tahun ini.
Jessi, 33, mendedahkan dia pernah dimasukkan ke hospital selama enam hari pada Januari lalu disebabkan keletihan melampau yang dialaminya.
Pada ruangan komen foto dalam Instagramnya, rata-rata peminat mendoakan kesembuhan Jessi dan menasihatkannya untuk terus menjaga kesihatan dengan baik.
“Jaga kesihatan Jessi. Kami sayangkan anda.
“Bahagikan masa antara kerja dan rehat sebaiknya,” tulis peminat.