fbpx

JKN mohon maaf insiden 7 mangsa terperangkap dalam lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa termasuk bayi yang dibawa keluar selepas terperangkap di dalam lif klinik kesihatan di Alor Setar, semalam.- Foto IHSAN BBP ALOR SETAR

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memohon maaf berhubung insiden tujuh individu termasuk tiga bayi yang terperangkap hampir setengah jam di dalam lif Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar semalam.

Pengarahnya, Dr. Othman Warijo berkata, pihaknya telah melakukan siasatan awal berhubung kejadian tersebut yang turut tular di media sosial sejak pagi semalam.

Katanya, kejadian berlaku pukul 9.05 pagi semalam melibatkan masing-masing tiga wanita dan bayi serta seorang lelaki.

“Siasatan awal mendapati berlaku masalah teknikal pada sistem lif tersebut.

“Kejadian disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas setelah penggera keselamatan lif berbunyi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pengawal keselamatan terbabit kemudian berkomunikasi dengan mangsa yang terperangkap dan meminta mereka bertenang sebelum bantuan tiba.

“Pihak klinik telah membuat aduan segera kepada pihak syarikat konsesi penyelenggaraan yang telah dilantik,” ujarnya.

Menurutnya, pihak juruteknik syarikat lif berkompeten dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah tiba pada masa yang sama pukul 9.23 pagi.

“Pintu lif telah berjaya dibuka pada pukul 9.33 pagi dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat.

“Terdapat seorang mangsa berada dalam keadaan cemas dan bantuan telah diberikan oleh pegawai perubatan yang bertugas di klinik kesihatan itu dan kembali stabil,” jelasnya.

Tambahnya, pada masa ini, lif tersebut telah dihentikan penggunaan serta-merta sehingga siasatan teknikal selesai serta disahkan selamat digunakan.

“Kita akan melakukan siasatan terperinci berkaitan isu berbangkit,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI