fbpx

Jakim perjelas status halal lebih 100 produk di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi Bahagian Hab Halalnya sudah mengeluarkan lebih 100 penjelasan berhubung isu status produk halal di pasaran tempatan.

Setakat hari ini, Jakim mengeluarkan 107 koleksi jawapan dan penjelasan isu status halal bermula sejak tahun 2016.

Bahagian Hab Halal Jakim menerusi hantaran di Facebook berkata, saban hari Jakim menerima banyak pertanyaan berhubung status halal produk dengan kebanyakan kembali tular biarpun sudah dijelaskan pihaknya sebelum ini.

“Kami kembali menerima banyak pertanyaan awam berkenaan status halal pelbagai produk di pasaran yang didakwa tidak halal termasuk produk minuman jenama Fanta, roti jenama Massimo, Kod E dan sebagainya.

“Kesemua isu halal yang menular dan berulang serta tidak benar itu telah dijawab oleh pihak Jakim sejak tahun 2016,” katanya.

Katanya, bagi memudahkan pengguna, pihaknya mengumpulkan koleksi jawapan dan penjelasan itu di bawah satu pautan sebagai rujukan umat Islam di negara ini.

Koleksi jawapan itu boleh boleh dilihat menerusi pautan bertajuk Penjelasan Berkenaan Isu-Isu Halal Yang Tular (viral) di pautan Facebook Bahagian Hab Halal.

Ia boleh dilihat menerusi pautan, https://m.facebook.com/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=744506395708636&ref=page_internal&_rdr. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI