fbpx

Tak guna cantik kalau hati busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MADIHAH pernah menjadi wajah penghias minuman kordial popular ketika berusia lima tahun.

SEKALI pandang, Madihah Mohd. Firdaus, 23, sama seperti remaja-remaja lain yang banyak menghabiskan masa mudanya dengan menuntut ilmu selain menyimpan cita-cita.

Bagaimanapun, di sebalik segala rutin itu, gadis berasal dari Kuala Lumpur ini sebenar­nya pernah melalui pengalaman indah apabila menjadi wajah penghias minuman kordial ketika berusia lima  tahun.

Selepas 18 tahun berlalu, Madihah kini lebih menfokuskan kepada cita-cita dan minatnya dalam lapangan robotik serta astrofizik.

Namun, dengan personali­tinya yang tampak feminin dan lemah lembut, tiada siapa menyangka pelajar jurusan Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka ini sebenarnya pernah menjadi mangsa buli dan ejekan di media sosial.

MADIHAH mahu jadi jurutera berjaya.

Kepada wartawan Kosmo! Ahad, Madihah berkongsi pengalaman hitam itu selain sedikit latar belakang kehidupan menjadikan dirinya semakin matang ketika ini.

KOSMO! AHAD: Boleh kongsikan apa perkara yang paling diminati?

MADIHAH: Sejak kecil saya minat tengok cerita mengenai robot, kepintaran buatan, planet, ensiklopedia, astrofizik dan robotik selain suka bermain barang mainan yang dipasang sendiri.
Semasa projek tahun akhir peringkat diploma saya dan dua lagi rakan pernah mencipta jam pintar untuk pesakit Alzheimer. Alhamdulillah projek itu lulus dengan jayanya.

Apakah definisi cantik bagi anda?
Cantik bagi saya bukan sekadar rupa tetapi hati juga mesti cantik. Kalau setakat wajah cantik tetapi mulut dan hati busuk, sangatlah rugi. Jika seseorang itu berhati baik secara automatik mereka akan nampak sangat cantik, tidak kisah bagaimana rupa dan keadaan fizikal dirinya.

Bagaimana rasanya dikenali ramai sejak dari kecil selepas pernah terlibat dalam iklan?
Saya rasa macam tidak percaya dan agak kelakar sebab kawan-kawan selalu ejek panggil saya nama-nama perisa air sebagai gurauan. Ada juga individu tidak dikenali membuli secara siber mengejek rupa saya, cakap saya buruk, gelakkan saya sebab kononnya pencapaian saya setakat itu saja.

Paling sedih mereka ganggu bila saya tengah dalam keadaan tidak baik. Seolah-olah mereka seperti tunggu saya tengah ‘down’ dan melancarkan sera­ngan.

Kadang-kadang saya biarkan. Tetapi selalunya saya respons sebab hendak tengok apa dia cakap. Tapi saya sedar tak bagus begitu. Sepatutnya buat sahaja macam dia tidak wujud.

Madihah serik jadi mangsa buli, ejekan di media sosial.

Bagaimana atasi masalah itu?
Kadangkala bila keadaan terlalu teruk, saya padam sekejap akaun media sosial untuk menenangkan keadaan. Selepas beberapa hari, baru saya buka se­mula. Cara itu memang berkesan bagi saya. Tetapi saya sangat bersyukur sebab ramai bagi kata-kata semangat.

Adakah anda berminat dalam bidang peragaan atau menjadi model iklan?
Saya memang minat dengan dua perkara tersebut tapi sekarang lebih fokus kepada bidang akademik. Saya memang selalu pergi uji bakat. Kalau ada rezeki dapat tugasan iklan atau model saya terima mengikut keadaan.
Bidang ini memang seronok dan keluar dari zon selesa. Jadi, saya dapat mengekspresikan diri sendiri lain daripada biasa.

Apakah impian dan harapan anda pada masa depan?
Saya berharap dapat menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang seterusnya dapat bekerja sebagai jurutera berjaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI