fbpx

Ladang sayuran tawar gaji pemetik kubis RM7,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tawaran ini dianggap lumayan berikutan krisis pengambilan pekerja luar Britain yang berdepan kesukaran sejak pandemik Covid-19 dan Brexit. - Triangle News

LONDON – Sebuah syarikat pertanian menawarkan gaji sehingga £62,000 (RM355,381) setahun untuk pemetik sayur-sayuran di sebuah ladang kubis di Lincolnshire, England, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Iklan bagi pekerjaan sepanjang tahun itu telah dihebahkan secara online oleh T H Clements dan Son Ltd. dengan gaji sehingga £30 (RM171) bagi setiap satu jam.

Mengikut perkiraan berdasarkan gaji per jam, pemetik kubis akan menerima bayaran sebanyak £240 (RM1,375) bagi lapan jam sehari atau £1,200 (RM6,878) untuk 40 jam seminggu. Ini membawa kepada jumlah gaji setahun mencecah £62,400 (RM355,381) sekiranya mereka bekerja secara sepenuh masa.

Bagaimanapun, peranan itu dibayar mengikut hasil sayuran yang diperoleh setiap hari.

Gaji pekerja akan bergantung kepada berapa banyak sayur-sayuran berjaya dipetik secara keseluruhan.

Ini bermakna tidak ada pekerja yang boleh menerima gaji tertinggi secara konsisten dalam setahun.

Walaupun begitu, tawaran gaji yang dianggap lumayan ini menunjukkan skala krisis pengambilan pekerja tempatan dalam industri pemetik buah dan sayuran disebabkan Covid-19 dan Brexit.

Sebelum ini, kebanyakan ladang bergantung kepada sebilangan besar pekerja dari Eropah Timur tetapi peraturan imigrasi baharu menjadikan kemasukan warga asing lebih sukar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI