fbpx

Program Bank Makanan KPDNHEP diperkasa dengan mesin retort

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol.

KUALA TERENGGANU – Teknologi mesin ‘retort’ dilancarkan kerajaan berjaya mengelakkan berlakunya pembaziran dan menggalakkan lebih banyak sumbangan makanan kepada individu memerlukan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, penggunaan teknologi tersebut telah memanjangkan jangka hayat makanan bagi diagihkan kepada golongan sasar.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu berkata, hanya makanan yang baik dan tidak diusik akan dirawat pada suhu tinggi sekali gus memastikan keselamatan makanan kekal terjamin.

“Mesin ‘retort’ ini bertindak seperti mesin layan diri yang membolehkan makanan disimpan untuk tempoh lama dan menggalakkan sumbangan orang ramai kepada yang memerlukan terutama dalam pandemik Covid-19.

“Kebiasaannya apabila terlalu banyak makanan, kita risau akan dibuang hingga berlaku pembaziran dan di sinilah teknologi ini memainkan peranan,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI