fbpx

Ular sawa terperangkap di kilang ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ULAR sawa batik yang ditemui terperangkap di kilang memproses ayam di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Pekerja sebuah kilang memproses ayam di Kampung Bukit Belimbing di sini terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik yang terperangkap di tempat pembersihan premis itu hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu disedari seorang pekerja yang melihat reptilia seberat 10 kilogram (kg) dan sepanjang empat meter berkenaan cuba memasuki kilang tersebut.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, sepasukan lima anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 11 pagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ular itu masih terperangkap di tempat pembersihan ayam berkenaan.

“Operasi menangkap reptilia itu kemudian dilakukan dengan menggunakan peralatan khas bagi mengelak ia bertindak agresif,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, operasi berjalan lancar dan ular tersebut berjaya ditangkap dalam tempoh lima minit.

Ujarnya, reptilia berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Tambah Suzaini, ketika kejadian pihaknya dalam perjalanan menuju ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Belimbing untuk menguruskan mangsa banjir.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI