fbpx

Tauke pakaian warga Bangladesh ditahan salah guna PLKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JIM ketika melakukan pemeriksaan di sebuah kedai pakaian Khamis lalu.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang tauke kilang pakaian warga Bangladesh bersama 45 pekerjanya dalam serbuan di Ampang, Selangor pada Khamis lalu.

Penahanan itu dibuat rentetan kejayaan Ops ID Hack yang dijalankan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada April lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, suspek lelaki berusia 46 tahun itu adalah antara saki baki individu yang menggunakan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dikeluarkan sindiket ID Hack berkenaan.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati, suspek turut menggunakan ID Hack itu untuk menubuhkan syarikat dan mendapatkan pekerja asing.

“Suspek bersama 45 pekerja terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia itu ditahan dalam serbuan di dua buah kilang pakaian dan dua premis lain di Ampang.

“Siasatan juga mendapati, suspek aktif dalam bidang industri pembuatan pakaian untuk pasaran Lembah Klang dan sekitar Selangor sejak tahun 2012 lagi.

“Malah, syarikat milik suspek mampu menggajikan seramai 45 orang warga asing dengan bayaran gaji RM1,600 sebulan serta mampu meraih keuntungan lumayan sehingga RM150,000 sebulan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, kegiatan suspek itu menyebabkan kerugian hasil kepada kerajaan khususnya dalam bentuk levi pekerja asing mencecah RM700,000. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI