fbpx

41 kawasan di Gombak alami gangguan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA- Sebanyak 41 kawasan di Gombak berdepan masalah gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 12 tengah hari tadi berikutan insiden paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point, Jalan Ampang tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, susulan itu, pihaknya telah menutup bekalan air bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip dapat dijalankan dengan lancar.

“Kerja-kerja pembaikan itu dijangka siap sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari esok dan bekalan air akan disalurkan secara berperingkat setelah kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari, 27 September 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, Air Selangor turut mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan
diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian.

“Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki tersebut.

“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor,
Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” jelasnya.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI