fbpx

Mahu pinjam kena bayar, mahu batal pun kena bayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang operator kilang di Muadzam Shah, Rompin dua kali diperdaya oleh sindiket pinjaman wang tidak wujud sehingga menanggung kerugian sebanyak RM4,250.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula pada 18 September lalu apabila mangsa yang berusia 37 tahun tertarik dengan iklan pinjaman peribadi syarikat Golden Times Capital di Facebook.

“Mangsa bersetuju untuk membuat pinjaman berjumlah RM10,000 dan telah memberikan maklumat peribadi seperti salinan slip gaji tiga bulan dan kad pengenalan kepada pihak terbabit.

“Selepas itu mangsa diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM650 sebagai kos dokumentasi dan mangsa telah membuat pembayaran berkenaan di mesin deposit tunai (CDM) ke akaun diberikan suspek,”katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian diminta untuk membayar lagi sebanyak RM1,480 sebagi kos menguatkan dokumentasi namun mangsa tidak berbuat demikian kerana berasa curiga.

Mohd Wazir berkata, pada hari sama, mangsa menerima satu mesej melalui WhatsApp daripada ejen Syarikat Tri Kusida Resources yang menawarkan pinjaman peribadi berjumlah RM10,000.

“Mangsa telah membuat tiga kali pembayaran atas pelbagai alasan berjumlah RM2,300 namun masih diminta untuk membayar sebanyak RM1,200 menyebabkan mangsa berasa curiga dan mahu membatalkan permohonan.

“Mangsa membuat dua kali lagi pembayaran sebagai kos membatalkan permohonan berjumlah RM1,300 sebelum dia tampil membuat laporan polis kerana berasa ditipu pihak berkenaan,”ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI