fbpx

Sakit mata tengok aksi pembuang sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki membuang sampah dari luar keretanya di tepi jalan Persiaran Tasek Timur 7, Taman Ria, Ipoh yang tular di media sosial.

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta mengambil tindakan tegas terhadap seorang lelaki membuang sampah di tepi jalan Persiaran Tasek Timur 7, Taman Ria di sini kelmarin.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu dirakam seorang pemandu lain yang memaparkan gelagat seorang lelaki sedang melemparkan bungkusan berisi sampah dari luar keretanya.

Rakaman itu tular di beberapa laman Facebook komuniti setempat dan mendapat komen warga maya yang marah atas tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Menerusi paparan dalam laman Facebook Ipoh-Ipoh Ajer Versi 2.0, kawasan tersebut yang dulunya bersih kini menjadi tempat pembuangan sampah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun kain rentang amaran digantung oleh MBI supaya tidak membuang sampah di sini, malangnya ia tidak diendahkan.

“Beberapa kali juga pihak MBI membersihkan kawasan ini kerana terlalu banyak sampah yang dibuang tapi mereka tetap berdegil.

“Video pelaku turut disertakan sebagai bahan bukti. Mohon pihak berwajib ambil tindakan supaya ia menjadi tauladan bersama menjaga kebersihan di tempat masing masing,” ujar paparan tersebut.

Tindakan mengikut Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 yang membawa hukuman denda sehingga RM500 boleh dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan membuang sampah. -K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI