fbpx

Guardiola mahu benteng kerja keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain pertahanan City perlu lebih berwaspada terutama untuk mengekang Lukaku dan jentera serangan Chelsea malam ini. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya penyerang Chelsea, Romelu Lukaku akan menjadi ancaman utama menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam ini.

Pemain yang dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan nilai £97.5 juta (RM559.54 juta) itu menampilkan sentuhan cukup berbisa setakat ini apabila sudah meledak empat gol dalam semua pertandingan.

Justeru, Guardiola sedar apa yang mampu dilakukan pemain antarabangsa Belgium itu pada perlawanan malam ini.

“Pada usia 24 tahun, dia sudah pun menjaringkan 100 gol dalam saingan EPL dan ia adalah rekod yang cukup baik untuk seorang penyerang.

“Saya pernah menyaksikan aksi Lukaku ketika bersama Everton dan dia sentiasa membuatkan City ‘sesak nafas’,” kata bekas jurulatih Barcelona itu.

Justeru, beliau berharap pemain-pemainnya terutama barisan pertahanan bersiap sedia untuk merantai pergerakan Lukaku.

“Dia juga sangat pantas dan sentiasa membantu rakan sepasukan ketika melakukan serangan. Kami perlu bersedia sepenuhnya bagi memastikan dia tidak bergerak bebas pada perlawanan itu nanti,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI