fbpx

Percubaan pertama Jung Ho-yeon menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNG HO-YEON

SIAPA sangka percubaan kali pertama dalam bidang lakonan merupakan tuah buat model kelahiran Korea Selatan, Jung Ho-yeon untuk melakar nama seterusnya mencipta populariti.

Bukan sahaja bakat semula jadinya diakui ramai, malah kehidupannya juga mula menjadi perbualan semua ketika ini.

Melihat lakonan mantap yang ditunjukkan menerusi sekual Squid Game yang sedang hangat dan trending ketika ini, ramai tidak menyangka wanita berusia 27 tahun itu baru kali pertama muncul dalam dunia lakonan.

Sudahlah pertama kali, namun rata-rata memuji bakat terpendam kerana berjaya menghidupkan watak yang dikatakan sukar sebagai seorang pelarian dari Korea Utara yang mahu mencari wang buat keluarganya di kampung.

Lebih manis, Ho-yeon berjaya membuatkan pengikut Instagramnya meningkat hampir sejuta orang iaitu daripada 400,000 kepada 1.3 juta kini.

Berdasarkan penelitian, jumlah pengikut yang ramai itu datang daripada peminat luar negara berbanding Korea Selatan, sekali gus membuktikan bahawa Squid Game mendapat tempat di hati penonton Netflix di serata dunia.

Ho-yeon memulakan kerjaya sebagai model pada usia 16 tahun dan pernah menyertai pertandingan Korea’s Next Top Model musim keempat tujuh tahun lalu dan berjaya merebut gelaran naib juara

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI