fbpx

Pesakit Long Covid akan jalani program rehabilitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyediakan satu program rehabilitasi khusus bagi bekas pesakit Covid-19 yang berdepan kesan dan komplikasi jangka panjang wabak itu atau Long Covid.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, program itu kelak akan diketuai pakar rehabilitasi di beberapa hospital KKM di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya mendapati ada lima gejala dialami bekas pesakit Covid-19 iaitu kelesuan, kesukaran bernafas ketika melakukan aktiviti tertentu, batuk, kesukaran tidur dan keresahan.

“Justeru, program itu akan dijalankan secara berbeza bagi setiap pesakit berdasarkan gejala dialami,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, buat masa ini, terdapat kes-kes yang hadir semula ke hospital setelah discaj dan mereka dirawat berdasarkan simptom dan gejala Long Covid.

Bagaimanapun, menurut beliau, tiada peningkatan yang ketara bagi kemasukan semula ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dari kalangan pesakit Long Covid dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

Beliau turut mengesahkan tiada kes kematian membabitkan Long Covid dikesan kerana kematian direkodkan berdasarkan kepada punca kematian.

“Beberapa kajian sedang dijalankan bagi mengetahui dengan lebih lanjut isu ini dan keputusan kajian ini akan diumumkan apabila kajian selesai,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI